Perak Hari Ini

‘Food For All’ Hargai Sumbangan Kakitangan Kerajaan 

SLIM RIVER:Sebanyak 300 bungkusan makanan tengah hari diagihkan kepada kakitangan kerajaan sekitar Parlimen Tanjung Malim.

Program Food For All anjuran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) adalah bersempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Mualim yang sudah masuk hari keempat hari ini.

Bagi penganjuran, kali ini turut melibatkan kerjasama wakil rakyat dalam Parlimen Tanjung Malim dimana ia bertujuan untuk menghargai jasa kakitangan kerajaan sekitar kawasan Tanjung Malim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River, Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata sumbangan kecil itu adalah satu penghargaan kepada tenaga kerja yang diibaratkan sebagai wira yang tidak didendang yang selama ini bertungkus lumus memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat.

“Sebanyak 300 bungkus makanan tengah hari telah diagihkan kepada agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Tanjung Malim, Pejabat Tanah dan Galian Mualim, Bomba, kakitangan Hospital dan Polis.

“Ini adalah satu sumbangan kecil kepada mereka oleh YBUDR bersempena permukiman menteri Besar di daerah Mualim,”katanya.

Turut hadir pada sesi agihan makanan di Kafetaria Kak Bibah ialah Ketua Pegawai Operasi YBUDR, Hairul Anwar Mohamed Noor.

Terdahulu pihak sukarelawan mengagihkan bungkusan makanan kepada kakitangan kerajaan yang hadir juga orang awam yang memerlukan bantuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");