Berita Hari Ini

Gantung Buai Dalam MRT?

KUALA LUMPUR: Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dikejutkan dengan tindakan seorang ibu yang menggantung buaian anaknya di dalam pengangkutan awam itu.

Buaian itu difahamkan telah disangkut pada senggayut pemegang tempat berdiri.

Gambar tindakan pelik ibu kanak-kanak itu turut menjadi tular di laman media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Suhaila Ani berkongsi status mengenai peristiwa itu yang disifatkan sebagai amat memalukan.

“Alahai kak, awat tak bawak tilam, toto skali naik MRT. Tolonglah kak, jangan bagi malu. Anak-anak tu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama.

“Boleh pula dia bawa buai sangkut dalam MRT. Keselamatan anak tanggungjawab mak bapa ,kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT… alahai…,” tulisnya di Facebook.

Posting itu turut mendapat kecaman dalam kalangan netizen yang mengkritik tindakan pengguna itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");