Sukan Hari Ini

Hadiah Pertama Rooney Kepada Everton

DAR ES SALAAM, TANZANIA: Aksi pertama Wayne Rooney selepas dia kembali semula ke Everton dengan cukup cemerlang ketika menghadiahkan satu gol untuk menewaskan kelab Kenya, Gor Mahia 2-1 dalam perlawanan persahabatan, di sini, semalam.

Penjaring terbanyak dari England itu tampil buat kali pertama sejak kembali ke kelab asalnya itu selepas berkhidmat 13 tahun di Manchester United.

Rooney menceriakan penyokong menerusi satu jaringan menarik yang terhasil daripada percubaan jarak jauh sebelum Kieran Dowell menafikan gol penyamaan Jacques Tuyisenge sekali gus memastikan kemenangan buat Everton.

Everton kini dalam siri jelajah ke benua berkenaan dalam pramusim sebagai persiapan menghadapi musim baharu Liga Perdana Inggeris dan pemilihan venue dibuat selepas menandatangani kontrak lima tahun bersama firma dari Kenya, SportPesa sebagai penaja utama.

“Kami gembira untuk mengikat perjanjian komersial dengan syarikat yang bercita-cita tinggi dan makin meningkat.

“Sejak daripada awal, kami kagum dengan perancangan syarikat itu. Selepas ini kami akan terus bekerja bersama untuk capai cita-cita,” kata Ketua Eksekutif Everton, Robert Elstone.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");