Membawang Hari Ini

Hak Peminat Untuk Wujudkan Hashtag #Alofa -Alif Satar

PELAKON Alif Satar mengakui dia tidak kisah apabila ada peminat yang sudah mula menyatukan namanya dengan Neelofa dan mewujudkan hashtag #Alofa.

Menurut Alif, dia teruja apabila dapat bergandingan dengan Neelofa dalam drama bersiri Red Velvet dan bersedia untuk menerima kritikan daripada penonton.

“Itu adalah hak peminat kerana saya tidak boleh menghentikan mereka daripada melakukannya.

“Lagi pun itu hanyalah sekadar hashtag dan ia tidak ada membawa maksud apa-apa pun.

“Sekurang-kurangnya dengan adanya hashtag itu akan memudahkan orang ramai untuk bercakap mengenai drama tersebut.

“Jadi saya tidak ada isu, nak letak…letaklah kerana jika dilihat pada sudut positif ia akan memberikan banyak kebaikan kepada drama tersebut,” katanya.

Alif berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Memori Pajeri Nanas, di GSC Signature, The Gardens, Petaling Jaya, pada Rabu.

Menyentuh berkenaan filem Memori Pajeri Nenas, Alif berkata, watak yang dibawakan oleh dia sangat mencabar ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Dalam filem ini saya akan membawa watak sebagai chef dan ia sangat mencabar kerana saya harus belajar bagaimana cara sebenar seorang chef memotong dan memasak dengan betul.” katanya.

 

-ASTRO GEMPAK

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");