Sukan Hari Ini

Hakimi Kecewa Gagal Layak Ke London

KUALA LUMPUR: Jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail, kecewa walaupun meraih emas Terbuka Malaysia hari ini kerana gagal mencapai sasaran utama dengan catatan 16.33 meter.

Hakimi terpaksa melupakan impiannya untuk beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia di London, apabila gagal untuk mencapai had kelayakan 16.80m ketika bersaing untuk merebut pingat emas dalam saingan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

“Agak mengecewakan apabila saya telah membuat percubaan sebanyak empat kali untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia tetapi saya kini meletakkan tumpuan sepenuhnya buat Sukan SEA ,” katanya.

Bagaimanapun, Hakimi dijangka mampu mempertahankan emas Sukan SEA selepas melakukan catatan 16.30m untuk mengetepikan pencabar terdekat daripada Filipina, Ronne Malipay, sementara gangsa diraih oleh atlet dari Sabah, Jonathan Larus.

Sementara itu, impian menyaksikan atlet lompat tinggi wanita negara, Yeap Sin Yee, memecahkan rekod kebangsaan tidak kesampaian.

Dia hanya melepasi 1.72m untuk emas, jauh daripada rekod kebangsaan miliknya, 1.81m.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");