Berita Hari Ini

Hanya Ada Kumpulan Kecil Anti-Vaksin: Subramaniam

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia mengenal pasti hanya sekumpulan kecil sahaja ibu bapa yang anti-vaksin.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, golongan ini wujud kerana terpengaruh dengan idea dari luar.

“Tidak dinafikan di negara lain juga ada golongan anti-vaksin ini dan mereka berhubung melalui media sosial.

“Dari situ mereka bertukar-tukar idea dan maklumat seterusnya wujudlah golongan anti-vaksin di Malaysia.

“Namun begitu, pada saya sayang sekali kerana kebanyakkan ibu bapa yang anti-vaksin ini merupakan mereka yang berpendidikan tinggi,” katanya menjawab soalan tambahan mengenai suntikan vaksin lima serangkai ( DTaP-IPV//HiB) agar dapat mengelakkan berlakunya wabak komuniti di Parlimen.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah menasihati ibu bapa memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai bagi melindungi daripada ancaman penyakit.

Ini susulan daripada dua kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria di dua buah negeri di Malaysia selepas wujud segelintir masyarakat yang menolak imunisasi untuk bayi.

Sementara itu, Subramaniam menegaskan pentingnya suntikan vaksin tersebut pada bayi khususnya.

“Alasan keraguan disebabkan kesan sampingan setelah divaksin ini digunakan adalah tidak munasabah.

“Ini kerana kesan sampingan tersebut adalah tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan,”katanya lagi.

Tambahnya lagi, setakat ini langkah yang diambil bagi menangani ibu bapa anti-vaksin masih memadai.

“Kami membuat pendekatan bimbingan dan kaunseling kepada mereka yang menolak pemberian vaksin ini dalam usaha mengajar kepentingan vaksin ini pada bayi,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");