Berita Hari Ini

Hero! Pemuda Hilang Kaki Kerana Selamatkan Warga Emas

SEORANG lelaki mendapat gelaran ‘hero’ oleh orang ramai apabila tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita warga emas.

Menerusi sebuah video yang tular di Facebook, seorang lelaki bernama Xu Qiankai hilang kaki kanannya selepas bertindak terjun dari kereta api untuk menyelamatkan seorang wanita berusia 65 tahun yang mengalami masalah pendengaran.

Biarpun berjaya menyelamatkan wanita tersebut dengan menolaknya dari landasan, namun kaki kanannya tidak sempat ditarik keluar dari landasan dan digilis kereta api.

Rata-rata yang menyaksikan video berdurasi 1 minit 04 saat, memuji sikap yang ditunjukkan oleh Xu meskipun dia terpaksa untuk mengadaikan nyawanya demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Kejadian itu difahamkan berlaku di wilayah Sichuan di China telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata memuji tindakan pemuda itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");