Berita Hari Ini

Ibu Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus

JOHOR BAHRU: Ibu kepada pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menegaskan bahawa tidak mempercayai anaknya maut disebabkan leptospirosis (penyakit kencing tikus), walaupun keputusan laporan bedah siasat menyatakannya sebagai punca kematian.

Felda Wani Ahmad, 40, berkata berikutan keputusan itu dia akan mendapatkan nasihat guaman.

“Kami tidak menerima sebarang berita daripada Jabatan Kesihatan berhubung keputusan bedah siasat.

“Kami mengetahui perkara ini daripada wartawan yang menghubungi kami,” katanya memetik laporan Mstar Online.

Ibunya turut mempersoalkan mengapa proses pengesahan punca kematian anaknya mengambil masa lama.

“Pihak hospital telah mengambil sampel dari kaki anak saya ketika dia masih hidup dan mereka mengambil masa dua bulan untuk mengenal pasti punca kematiannya,” ujarnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Thaqif meninggal dunia kerana leptospirosis dan beberapa kerumitan lain.

Laporan bedah siasat dikemukakan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada 26 April lalu sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanannya, yang dijangkiti bakteria selepas cedera dipercayai didera pembantu warden terbabit.

Sebelum itu, kedua-dua kaki pelajar itu telah dipotong akibat jangkitan sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");