Isu Panas

Isu DAP: Tiada Unsur Sabotaj

KUALA LUMPUR -Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng menegaskan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP diadakan semula tiada kaitan dengan sebarang unsur sabotaj oleh Barisan Nasional (BN).

Malah jelasnya DAP masih mempunyai masa yang panjang untuk mengadakan pemilihan semula sebelum tempoh matang PRU14.

“Saya tak faham yang dimaksudkan kerana mereka kata ini sabotaj daripada BN. Jika diimbas kembali, CEC DAP adalah pada Disember 2012 dan PRU13 diadakan pada Mei 2013.

“Ketika itu mereka ada tempoh lima ke enam bulan sebelum PRU13. Tempoh matang PRU14 pula adalah pada Ogos 2018, jadi DAP ada masa yang lebih panjang daripada sebelum ini. Saya tak nampak ada unsur sabotaj untuk halang mereka mengambil bahagian dalam PRU14,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini mendakwa arahan pemilihan semula CEC oleh ROS merupakan konspirasi BN untuk mensabotaj persiapan partinya menghadapi PRU14.

Menurut Teck Meng, isu yang berlaku dilihat hanyalah sekadar masalah dalaman DAP.

“DAP dikatakan akan ambil tindakan terhadap ROS. Jadi, ROS perlu mempertahankan ketelusan dalam isu ini dan saya ingin tegaskan isu sabotaj tak wujud sama sekali.

“Kita ada perlembagaan dan akta, kena ikutlah. Kedua-dua pihak juga boleh mengemukakan segala dokumen dan bukti untuk menunjukkan siapa yang berbohong,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");