Isu Panas

Isu Lambakan Warga Asing: Rafizi Perlu Cuba Pekerjaan 3D, Jangan Hanya Pandai Menuduh

Isu lambakan warga asing di Malaysia sentiasa menjadi bualan dan pertikaian rakyat di semua peringkat. Baik dari majikan mahupun pekerja, masing-masing ada pertikaian berkaitan isu ini. Ada yang membangkang dan ada juga yang menyokong dengan kedatangan warga asing.

Namun, untuk mempolitikkan isu ini ada sesuatu yang tidak wajar. Daripada kita syik menuding jari antara satu sama lain, adalah lebih baik pemimpin pembangkang mencari solusi terbaik.

Tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang meminta orang ramai supaya bersiap sedia menerima situasi yang mana negara ini akan ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang merupakan orang Ceylon, Indonesia, Myanmar, Bangladesh (C.I.M.B) atau umumnya warga asing seolah-olah cuba menabur minyak ke dalam api yang sedang marak.

“Jika tak nak orang Ceylon, Indonesia, Myanmar, Bangladesh (C.I.M.B) jadi warga asing jika kita dapat membentuk kerajaan kita perlu putihkan lambakan kehadiran warga asing di Malaysia, katanya semasa menyampaikan ceramah di Taman Perpaduan di sini malam semalam.

Tapi hakikat yang sebenarnya Rafizi yang bercakap sewenang-wenangnya tanpa memikirkan begitu ramai pihak yang akan menerima kesan akibat buruk sekiranya warga asing tiada di Negara ini.

Kenyataan Rafizi itu seolah-olah cuba meletakkan imej buruk serta menyuntik unsur-unsur kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Kita memang bersetuju pekerja asing tidak dibenarkan masuk negara supaya rakyat dapat cari makan dengan mengisi tempat-tempat yang dikosongkan oleh pekerja asing.

Namun, sejauhmana kenyataan bahawa pekerja asing menutup peluang pekerjaan pekerja Malaysia itu benar atau tidak.

“Disebabkan gaji dibayar oleh pekerja asing ini rendah maka gaji kita pun rendah dan makin ramai pekerja asing jadi dia mula ambil kerja yang sepatutnya dibuat pekerja tempatan malah lagi ramai pekerja asing lagi sikit orang kita,” katanya.

Pernahkah Rafizi mendengar denyut nadi rakyat di setiap peringkat. Jika ada anak muda mengatakan tidak mendapat pekerjaan, persoalannya mengapa?

Pernahkah Rafizi mendengar keluhan peniaga dan penguasah di Malaysia pula. Mudahkah mereka mendapat pekerja untuk lakukan tugasan yang “Dirty, Difficult and Dangerous” (3D).

Sedangkan diri sendiri pun belum tentu ingin melaksanakan kerja-kerja sebegitu, Rafizi tidak seharusnya menjadi isu warga asing sebagai permainan politiknya.

Turut dinyatakan Rafizi ketika menyampaikan ceramah di Taman Perpaduan, lambakan pekerja asing yang telah mengatasi komposisi kaum di negara kita yang disebabkan oleh tindakan kerajaan yang membenarkan warga asing masuk ke negara ini begitu mudah.

“Enam juta mengatasi orang India kerana apa semuab oleh masuk kerana ikut ambil duit semua tempat atas bawah,” katanya.

Persoalannya, atas bukti apakah kenyataan Rafizi ini. Tidak kah kenyataan ini berunsur fitnah terhadap kerajaan. Namun inilah sikap sebenar pemimpin pembangkang.

Membuat kenyataan secara semborono tanpa sebarang bukti.

Sedar atau tidak, Rafizi mungkin tidak pernah mengambil tahu hakikat sebenar yang membelennggu rakyat terutama dalam isu ini.

Ada dikalangan peniaga dan penguasa yang merayu kerana jika pekerja asing dihentikan tidak ada pekerja Malaysia yang sanggup bekerja walaupun akan dibayar gaji yang lebih.

Apabila tidak ada pekerja peringkat bawah, dan tidak ada pekerja tempatan untuk mengganti mereka, maka kerja-kerja awal tidak dapat dibuat.

Dengan itu tidak ada barangan untuk diproses oleh pekerja tingkat atas yang terdiri daripada orang Malaysia.

Ini menjejaskan perusahaan. Kalau sudah tidak ada pekerja dan tidak ada produk maka mereka tentulah terpaksa hentikan perusahaan mereka.

Apabila mereka berbuat demikian pekerja Malaysia juga akan hilang mata pencarian.

Masalah ini melibatkan perniagaan di Langkawi juga. Kedai makan dan kedai bebas cukai sudah tidak ada pekerja. Apatah lagi larangan terhadap jabatan Kerajaan mengadakan kursus di Langkawi menjejas perniagaan hotel tiga bintang bahkan penjual buah di tepi jalan.

Kita sendiri tidak pasti kebenaran bahawa pekerja tempatan berminat atau tidak untuk bekerja sedikit kotor, kerja-kerja mencuci,dan kerja-kerja kasar.

Namun memang ramai dikalangan rakyat Malaysia yang walaupun tidak habis bersekolah, tidak mempunyai sijil, tetapi mereka masih lagi memilih pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut datang menyembah mereka.

Mereka lebih senang memilih untuk tidak bekerja langsung dan disebabkan sikap seperti ini, pihak majikan tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil pekerja asing.

Pekerja asing sanggup merantau dan sanggup melakukan apa saja kerja malahan dibayar gaji yang sedikit demi untuk menyara hidup mereka dan keluarga.

Berbanding dengan orang tempatan yang sangat cerewet dan sanggup hidup daif semata-mata memilih pekerjaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");