Isu Panas

Isu PPIM Dan Syarikat AAGR: Netizen Kecam PDRM, Minta SPRM Siasat Ketua Polis Kajang

Kekecohan yang berlaku susulan isu PPIM menyerbu premis pajak kenderaan milik syarikat AAGR telah memberi impak negatif terhadap PDRM khususnya bagi cawangan Kajang.

Kenyataan Ketua Polis Kajang yang mendakwa PPIM melakukan pencerobohan setelah menerima laporan dari pemilik syarikat berkenaan yang merupakan seorang VVIP itu ternyata menimbulkan kemarahan netizen.

Rata-rata, netizen menyokong tindakan berani PPIM membela mangsa-mangsa penipuan syarikat berkenaan namun dalam masa yang sama berang dengan sikap polis kawasan itu.

Malah ada di antara komen yang dilemparkan netizen menyatakan bahawa kepercayaan terhadap PDRM terus ranap dek kerana sikap segelintir anggotanya yang memilih bulu untuk bertindak.

Apa-apa pun, kenyataan Ketua Polis Kajang terhadap Yusuf Azmi selaku ketua dalam misi serbuan PPIM berkenaan menyebabkan PDRM dikecam teruk.

Ada diantara netizen yang mula mendesak agar perkara itu dipandang serius oleh Ketua Polis Negara dan mengambil tindakan terhadap Ketua Polis Kajang.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");