Berita Hari Ini

Jaga Disiplin Ketika Di Tanah Suci -TPM

BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bakal jemaah haji supaya menjaga disiplin diri sepanjang berada di Tanah Suci ketika menunaikan rukun Islam kelima itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jemaah haji Malaysia sudah diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai yang terbaik di dunia dan ia perlu terus dipertahankan.

“Jangan berbincang mengenai politik ketika berada di sana, walaupun berbeza fahaman politik, pegangan dan ideologi, saya tidak izinkan bergaduh di sana, jangan bincang (politik) di Tanah Suci.

“Di sana kita menjadi tetamu Allah, lupakan dan tinggalkan perkara ini dekat belakang (di Malaysia), (tumpukan ibadat), ” katanya pada Majlis Meraikan Bakal-bakal Haji 1438H/2017M Kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sungai Sumun di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh turut meminta mereka yang terpilih menunaikan haji supaya sentiasa menyatakan kesyukuran terhadap Allah berikutan peluang yang diberikan itu.

Beliau berkata, ia kerana ramai yang berkemampuan tetapi tidak mendapat peluang menunaikan haji dan menerima undangan menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

“(Sebagai contoh) Jika kita mendaftar haji pada tahun ini, kita akan mendapat giliran menunaikan haji 107 tahun akan datang.

“Itu sebabnya, kita kena bersyukur kepada Allah kerana mendapat peluang ini, gunakanlah peluang ini sebaik mungkin dan dapatkan keberkatan di Tanah Suci,” katanya.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");