Perak Hari Ini

Jangan Jadi Seperti Pembangkang, Setiap Hari Twit Berunsur Kebencian- MB Perak

TANJUNG TUALANG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menasihati rakyat di negeri itu agar bijak mengelak dari dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin yang sentiasa cuba mewujudkan rasa kebencian dalam kalangan rakyat.

Jelas beliau, terdapat dikalangan pemimpin pembangkang yang sentiasa menyuntik elemen politik kebencian dan ia boleh memberi mudarat kepada negara.

“Saya tengok ada seorang pemimpin pembangkang ini, setiap hari twit-twitnya berunsur kebencian yang melampau kepada kerajaan.

“Dan saya berpandangan, kalau hari-hari hidup kita penuh dengan kebencian, ia akan membuatkan hati kita hitam dan sukar untuk kita menjadi insan yang baik”, kata Zambry ketika menyampaikan ucapan dalam majlis Sambutan Indahnya Beraya Di Desa oleh Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan Perasmian Dewan Serbaguna di Kompleks Perumahan Kakitangan PPPNP dekat Sungai Galah pada Khamis.

 

Tambah beliau, rakyat harus menjaga negara dan juga negeri ini dari anasir-anasir buruk yang akhirnya akan meruntuhkan keharmonian negara dan masyrakat.

“Saya selalu pesan pada semua, jaga negeri, negara kita elok dan apabila negara kita menjadi seperti negara-negara yang sedang berperang sekarang ini, masa itu menyesal tidak lagi berguna”, katanya.

Jelas beliau lagi, walaupun akan ada pihak-pihak tertentu yang cuba memecah belahkan perpaduan dan menimbulkan rasa kebencian, namun rakyat harus bersatu dalam mengelakkan ia dari terus berlaku.

“Walaupun kita kira-kira di pertengahan bulan syawal namun kemeriahan sambutan hari raya, dengan adanya pelbagi majlis dan rumah terbuka, dapat kita nikmati dengan aman damai, dan tidak seperti di tempat-tempat lain khususnya, yang sedang mengalami ketidaktermaman dan perperangan saudara.

“Memang akan ada kelompok tertentu yang akan sengaja ‘menyimbah minyak kepada api’, supaya rakyat marah kepada kita.

“Tapi yang penting sekali bagaimana caranya kita menangani perkara ini dari terus berlaku”, katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");