Isu Panas

Jika Benar-Benar BERSIH- Kenapa 3  Negeri Diperintah Pembangkang Tidak Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

Dari satu ke satu negeri mula tampil melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) namun kalau ada yang perasan, ada 3 negeri yang masih kecut nak ambil langkah yang sama.

3 negeri itu, sudah tentulah kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Mengapa kepimpinan ketiga-tiga negeri terbabit masih belum lafaz ikrar bebas rasuah. Takut Kantoi kah??

Bukankah kesemua pemimpin di negeri-negeri terbabit mendakwa kepimpinan mereka kononnya BERSIH.

Jika benar pentadbiran negeri di laksanakan dengan telus maka kepimpinan tertinggi tak perlu takut nak lafaz ikrar bebas rasuah.

Ketua Pengarah SPRM menghentam 3 negeri yang diperintah oleh pembangkang kerana cakap tak serupa bikin.

Adakah ini cerminan betapa mereka ini hipokrit dan takut untuk berhadapan siasatan SPRM kerana mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Dzulkifli berkata hanya kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan belum melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan  suruhanjaya berkenaan pada awal tahun ini.

Katanya IBR menunjukkan komitmen dan keprihatinan kesemua negeri di negara ini untuk memastikan pentadbiran di negeri masing-masing bebas rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita tidak mahu orang cakap berdegar-degar tolak rasuah dan suruh SPRM ambil tindakan, kerajaan negeri juga perlu mainkan peranan tunjukkan komitmen dan kesungguhan dengan isu-isu rasuah.

Program ini bersifat sukarela dan kita tunggu jemputan daripada negeri-negeri ini untuk  menunjukkan  komitmen mereka bebas rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

IBR merupakan satu lagi usaha baharu suruhanjaya yang menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghidari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");