Sukan Hari Ini

Josue Benam Lima Gol Di Darul Makmur

KUALA LUMPUR mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana selepas melakar kemenangan 6-3 ke atas Kuantan FA, malam tadi.
Import Brazil, Paulo Josue, paling mencuri tumpuan apabila menyumbang lima daripada enam gol yang terhasil di Darul Makmur.
Kuala Lumpur berada di depan seawal minit ke-17 menerusi pemain tengah Muhammad Hafiz Mohd Johar sebelum Kuantan menyamakan kedudukan 10 minit kemudian melalui gol Ljubo Baranin.
Bermula babak kedua, Josue mula menghasilkan gol pertamanya pada minit ke-53 sebelum menambah empat lagi gol -dengan satu daripada menerusi sepakan penalti -dalam tempoh 15 minit.
Enggan dimalukan, Kuantan cuba merapatkan jurang dengan tambahan dua gol dalam tempoh lima minit terakhir perlawanan namun sudah terlewat untuk mengejar.
Ini merupakan kemenangan kelapan berturut-turut buat skuad kendalian Fabio Magrao musim ini sekaligus kekal di persada liga dengan kelebihan satu mata ke atas pencabar, Terengganu yang mengatasi Perlis 4-0 di laman sendiri.
Sementara itu, Negeri Sembilan yang tewas kali pertama musim ini, Isnin lalu, di tangan The City Boys, diikat seri tanpa jaringan berdepan MISC-MIFA.
-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");