Membawang Hari Ini

Kareena Nafi Khabar Angin Abai Anak Untuk Cantik

KEHADIRAN aktress Bollywood terhangat, Kareena Kaapoor ke Malaysia beberapa hari lepas telah berjaya menarik begitu ramai kelompok peminatnya.

Aktres jelita yang baru sahaja melahirkan anak sulung ini ‘turun’ ke Kuala Lumpur sebagai penampilan istimewa ketika perlancaran Juiceco di Jalan Telawi, Bangsar pada 7 Julai yang lalu.

Di sebalik populariti beliau, timbul khabar angin yang mengatakan Kareena mula meninggalkan anak sulungnya, Taimur untuk melakukan kembali aktiviti kecantikan dan kelangsingan tubuhnya.

Ramai memberi tanggapan negatif terhadap aktres tersebut kerana tergamak meninggalkan bayi sulungnya di rumah semata-mata untuk pergi ke gim.

Namun, khabar itu dinafikan dan dia beranggapan tindakan itu adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh setiap wanita bergelar ibu.

“Berat badan meningkat selepas melahirkan anak itu adalah  sesuatu yang normal bagi seorang ibu.

“Saya sendiri tidak pernah merasa tertekan dengan perkara itu dan pergi ke gim untuk mengembalikan tubuh badan adalah sesuatu yang baik untuk diri saya,”katanya.

Tambahnya lagi, memiliki anak bukanlah alasan untuk seseorang itu tidak tampil cantik. Kecantikan itu adalah sesuatu yang penting bagi wanita.

Sekiranya tubuh sihat, mental juga sihat sekaligus akan memberi impak yang positif bukan sahaja pada diri malahan keluarga ulasan aktress Bollywood itu.

Berbicara mengenai kehidupan keluarganya, Kareena bersama suaminya Saif Ali Khan bersepakat untuk melindungi kehidupan anaknya sebaik mungkin.

Pelakon jelita ini bakal kembali ke set pengambaraan dan menyatakan filem baru lakonannya bakal menemui penonton tahun depan. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");