Membawang Hari Ini

Keluarga Masih Trauma, Accapan Tidak Berdendam

Biarpun sudah setahun berlalu, pelakon dan pelawak Accapan mengakui keluarganya masi trauma dengan kontroversi beliau yang dikatakan memeluk Islam sekaligus menggemparkan industri hiburan tempatan.

Memetik laporan Kosmo! pelakon dan pelwak berusia 59 tahun itu masih dalam usaha untuk mengembalikan semula keyakinan ahli keluarga terhadap dirinya.

“Saya akui keluarga saya masih lagi trauma dengan peristiwa itu dan saya mengambil masa untuk meyakinkan mereka untuk mempercayai saya. Tetapi itu perkara biasa kerana menjadi seorang selebriti memang banyak perkara yang tidak dijangka akan berlaku,” katanya.

Walaupun sudah beberapa kali tampil menafikan perkara tersebut, namun kata Accapan dia masih mendalami Islam dan mengekalkan hubungan baik dengan semua sahabat-sahabat Melayu dan beragama Islam selepas kejadian tersebut tanpa menyimpan sebarang dendam.

“Saya tidak menemui sebab untuk berhenti belajar tentang ilmu baharu ini. Meskipun saya sedikit kecewa dengan penyebaran cerita tidak betul itu tetapi saya tidak boleh memutuskan pertalian silaturahim dengan sahabat handai saya yang lain. Apa yang terjadi bukan salah mereka namun ia tetap menjadi peringatan serta pengajaran buat kami semua.

Bagaimanapun beliau mengakui masih belum bersedia untuk menukar agama.

“Ya, saya memang masih tidak bersedia untuk menukar agama tetapi itu kerana saya berasakan masih banyak perkara yang saya perlu benar-benar fahami sebelum mengambil keputusan sebesar itu.

“Saya akan mengambil sebanyak mana masa yang saya perlu sehingga ada petunjuk daripada Tuhan bahawa inilah yang terbaik buat saya.

“Saya tidak kisah orang mengatakan usia semakin lanjut jadi saya perlu cepat-cepat membuat keputusan kerana ini ialah kehidupan saya jadi biar saya tentukan masa yang sesuai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");