Membawang Hari Ini

Kemesraan Engku Emran dan Laudya Cynthia Makin Jelas

Kian lama kian jelas nampaknya. Kali ini aktres Laudya Cynthia Bella bersama lelaki yang disebut-sebut bertakhta di hatinya ke rumah Amy Search.

Kunjungan pasangan terbabit ke rumah penyanyi rock terkenal itu diketahui ramai apabila gambar mereka dimuat naik oleh Amy.

Melalui gambar berkenaan Laudya si pelakon filem Di Bawah Lindungan Kaabah dan Surga Yang Tak Dirindukan itu kelihatan gembira duduk di sebelah bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

“Tetamu jauh dari seberang. Terima kasih kerana mengunjungi rumah saya.

“Saya harap kamu sukakan mi bandung, durian dan kopi phewiiit,” kata Amy dengan memetik akaun Instagram Laudya dan Engku Emran.

Sebelum ini media memang ada melaporkan bahawa Laudya, 29, menjalin hubungan istimewa dengan seorang lelaki Malaysia.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan rasmi keluar dari mulut kedua-dua mereka.

Pada Jun lalu Laudya dan lelaki terbabit dilihat membeli durian bersama-sama.

Dia sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan anak Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Bagaimanapun hubungan Laudya dengan Afifuddin Suhaeli Kalla itu terputus di tengah jalan.

Engku Emran pula sebelum ini berkahwin dengan Erra tetapi bercerai pada 17 Februari 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");