Berita Hari Ini

Kerajaan Kecualikan GST Pada Empat Perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Empat lagi perkhidmatan akan diletakkan di bawah kategori pembekalan berkadar sifar bagi tujuan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Perkhidmatan yang ditetapkan itu adalah berkaitan dengan barang untuk dieksport yang mana perkhidmatan itu dibekalkan kepada pelanggan luar negara dan perkhidmatan ditetapkan yang dibekalkan dalam Zon Bebas, termasuk Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) kepada pelanggan luar negara.

Dua lagi perkhidmatan terbabit ialah perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang disediakan kepada pelanggan luar negara dan perbelanjaan tidak berulang yang ditanggung sebagai perbelanjaan kejuruteraan, termasuk alat dan jentera yang digunakan dalam proses pengilangan barangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib TUn Razak berkata bagi menampung pindaan yang perlu kepada Perintah Kadar Sifar GST, pengecualian daripada dikenakan GST di bawah seksyen 56 Akta GST 2014 telah diberikan berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

“Kerajaan Malaysia sentiasa memberi sokongan bagi memudahkan komuniti perniagaan di Malaysia dan mengalu-alukan dialog telus antara semua pihak berkepentingan yang terlibat,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");