Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Pandang Serius Lantikan Guna Sijil Akademik Palsu

SLIM RIVER: Kerajaan Negeri mengambil serius terhadap sebarang pelantikan jawatan pegawai di agensi kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menggunakan sijil akademik palsu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika mengulas mengenai isu berkenaan turut menyatakan bahawa kerajaan Perak menyerahkan sepenuhnya kepada siasatan pihak Polis.

Sebelum ini, PKR Perak mendakwa bahawa wujud individu yang merupakan pegawai di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) menggunakan sijil diploma dan ijazah palsu untuk melayakkan diri menjawat jawatan tinggi di agensi terbabit.

Dakwa Naib Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang perkara itu disedari selepas semakan dan carian dibuat berhubung individu terbabit setelah timbul beberapa isu melibatkan PBT berkenaan.

Bagaimanapun jelas Zambry pihak pembangkang tidak sepatutnya melupakan sijil palsu tidak hanya melibatkan kakitangan kerajaan tetapi juga pihak adun pembangkang yang turut menjadi kecoh di negeri ini.

“Nasihat pada Chang Lih Kang tolong lihat juga adun pembangkang dan nasihat mereka yang gunakan sijil-sijil dari universiti yang tidak diketahui semua.

“Menerusi maklumat daripada Yang Dipertua Majlis (YDP) Tanjung Malim kes itu telah dirujuk kepada pihak Polis dan tidak perlu saya menjawab lebih panjang biar Polis menyiasat,” katanya.

Tambahnya lagi, Kerajaan negeri tidak akan mempertahankan mana-mana pihak termasuk juga pihak yang dilihat cuba untuk mengambil kesempatan terhadap sesuatu perkara.

“Kita perlu memastikan sama ada pegawai ini benar-benar memiliki sijil akademik palsu atau sebaliknya tetapi ia telah dirujuk kepada pihak Polis dan Suruhajaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi membantu.

“Difahamkan ia melibatkan seorang pegawai berjawatan N41 iaitu pegawai tadbir dan pegawai ini mempunyai ijazah daripada Universiti Teknologi Mara (UITM) serta satu lagi ijazah Perundangan dan isu sekarang pegawai ini memperolehi kerja menerusi kelayakan yang mana?,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");