Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Tubuhkan Jawatankuasa Khas Rabies

SUNGKAI:Satu jawatankuasa khas iaitu Perak X-Rabies Task Force ditubuhkan bagi membincangkan berkaitan kes rabies atau penyakit anjing gila yang dikesan di kawasan Kuala Sepetang, Taiping supaya penularanya berjaya terkawal sepenuhnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jawatankuasa tersebut turut disertai oleh Adun Kuala Sepetang, Cik Chua Wee Ling dan agensi terlibat.

“Kita menggalakkan peryertaan daripada wakil rakyat untuk bekerjasama biarpun berbeza ideologi politik,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Zambry turut menasihati orang ramai supaya tidak panik berikutan kejadian wabak Rabies yang dilaporkan berikutan kerajaan negeri telah mengambil tindakan proaktif dalam mengawalnya.

“Masyarakat tidak perlu panik, kerana hasil daripada pihak Veterinar kita mahu mengambil tindakan proaktif membolehkan langkah pengawalan dilaksanakan,” katanya.

Mesyuarat jawatankuasa itu akan dianggotai Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Pengarah Kesihatan, Majlis Perbandaran Taiping dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru Kuala Sepetang yang dipengerusikan oleh Exco Kesihatan Negeri Datuk Mah Han Soon.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");