Perak Hari Ini

Kerja Lebih Kuat, Tak Mustahil DAP Akan Berkuasa Lagi Seperti Di Perak- KJ

TAIPING:”Tidak mustahil bagi parti pembangkang DAP untuk menguasai kepimpinan sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14, tegas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Malah jelasnya senario itu boleh diibaratkan semasa perubahan politik yang berlaku di Perak pada tahun 2008 akan terjadi kembali sekiranya pembangkang mengambil alih kuasa pusat.

“Kita terima hakikat yang diumumkan sebagai pemimpin Pakatan Harapan adalah Tun Dr Mahathir,Anwar dan Wan Azizah bagaimanapun kita tak tahu kuasa sebenarnya siapa?

“Oleh kerana mengikut pola pengundi parti pembangkang yang mempunyai kerusi yang paling banyak adalah DAP,” katanya dalam satu sidang media setelah merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Taiping kali ke-29 di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah di sini hari ini.

 

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.

Tambahnya lagi, pihak pembangkang mungkin tidak mencalonkan pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri tetapi dalam keadaan itu pastinya semua jelas dan tahu siapa yang akan mempengaruhi keputusan secara bersama kelak.

“Itu yang terjadi di Perak pada tahun 2008 selama 11 bulan dikuasai satu kuasa di belakang tabir yang memerintah dan berkuasa,” katanya.

Beliau terdahulu semasa menyampaikan ucapan Khairy berkata pembangkang sendiri masih belum jelas mengenai pemilihan siapa calon bagi mengalas jawatan Perdana Menteri sekiranya memenangi PRU-14.

“Siapa ketua kepada parti itu, rakyat kena tahu siapa ketua, dan diumumkan mahluk tiga kepala iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah..Tun Mahathir katanya dia pemimpin teratas jadi bos, tanya Anwar saya ketua Umum dan Presiden Wan Azizah.

“Saya tanya kepada salah seorang pemimpin pembangkang, siapa calon Perdana Menteri, jawapannya biar kita menang dulu kita akan umumkan calon yang mempunyai banyak kerusi dalam Parlimen.

“Agak-agak siapa? ..DAP saya yakin pada pilihan raya akan datang yang akan memegang banyak kerusi ialah DAP dan akan berulang apa yang berlaku di Perak walaupun Datuk Seri Nizar digelarkan sebagai Menteri Besar tetapi yang memegang kuasa yang sebenar adalah antaranya ahli Parlimen Taiping Ngah Kor Ming,” katanya.

 

 

Sementara itu jelas Khairy lagi, setakat ini mesyuarat perwakilan UMNO di setiap bahagian banyak memberi tumpuan kepada pilihan raya, persiapan jentera dan mesej kepada rakyat.

Malah jelasnya persiapan setiap bahagian dilihat semakin mantap dan konsisten.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");