Jenayah

Kes Pakai Cincin Di Zakar Meningkat 200%

KUALA LUMPUR:Kes melibatkan cincin buatan sendiri yang tersangkut pada kemaluan lelaki di negeri Kedah meningkat 200 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Abdul Razak Muda berkata, tahun lalu hanya tiga kes dilaporkan berbanding tahun ini yang meningkat kepada 10 kes setakat semalam.

Menurut Abdul Razak, kebanyakan mangsa merupakan individu berusia antara 20-an hingga 30-an tahun.

Katanya, jumlah peningkatan ini menimbulkan kebimbangan kerana mangsa melakukan perbuatan itu disebabkan pengaruh rakan, selain mahu mencuba tetapi menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan anggota bomba apabila cincin tersebut gagal ditanggalkan.

Menurutnya lagi, pihak bomba mempunyai satu alat khas pemotong cincin untuk menanggalkan sebarang jenis nat atau logam yang tersangkut pada kemaluan atau jari.

Beliau turut berkata ada kemungkinan kes itu telah banyak berlaku dan terdapat mangsa yang enggan mendapatkan bantuan bomba.

“Mereka jarang ke balai bomba. Mereka akan pergi ke klinik dan juga hospital. Jika berlaku pendarahan, klinik dan hospital dapat membantu, tetapi jika harus dipotong, pasukan bomba akan dipanggil,” katanya.

Menurutnya, masa yang diambil untuk menangani sebuah kes bergantung pada bahan dan saiz cincin.
Cincin jenis tembaga (copper) mengambil masa yang lebih lama untuk ditanggalkan kerana ianya keras.

Jika saiz cincin tersebut juga tebal, masa yang lebih lama diperlukan untuk menanggalkannya.

Secara purata, masa yang diambil untuk menanggalkan cincin tersebut adalah antara 15 hingga 20 minit.

Abdul Razak ditemui di sebuah majlis jamuan Aidilfitri peringkat negeri di ibu pejabat JBPM Kedah, Jalan Tun Razak, Alor Setar pada Isnin lapor Astro Awani.

Berdasarkan rekod, jumlah kes yang tertinggi telah dilaporkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, iaitu sebanyak lima kes, manakala di BBP Kulim Hi Tech sebanyak dua kes dan di BBP Alor Setar, BBP Jalan Raja dan BBP Guar Chempedak sebanyak satu kes masing-masing.

Tahun lalu, tiga kes dilaporkan di BBP Kulim Hi Tech, BBP Alor Setar dan BBP Yan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");