Perak Hari Ini

Kes Rabies Di Kuala Sepetang, Orang Awam Perlu Beri Kerjasama

IPOH: Orang ramai disaran supaya tidak bimbang mengenai kes rabies atau penyakit anjing gila dikesan di kawasan Kuala Sepetang, Taiping yang dilaporkan semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri telah mengambil tindakan pantas dengan aktiviti pemvaksinan di kawasan terjejas.

“Perkara sebegini berlaku dimana-mana, bagaimanapun kerajaan negeri telah mengambil tindakan pantas dan cepat untuk mengenalpastinya malah jabatan Veterinar menyifatkan ia sebagai kes terpencil.

“Walau bagaimanapun arahan perintah telah dikeluarkan kerana kita tidak mengambil mudah isu ini,” katanya pada satu sidang media sejurus selepas merasmikan persidangan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Terdahulu seramai 200 setiausaha-setiausaha kerajaan negeri seluruh negeri hadir pada persidangan dua hari itu yang membincangkan tindakan terhadap isu-isu laporan Ketua Audit Negara.

Turut hadir Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad.

Tambah Zambry lagi, setakat ini hanya satu yang kes yang dilaporkan dan tiada kes terbaru yang berlaku.

“Negeri Perak cepat bertindak, walaupun ia satu kes yang terpencil Kerajaan Negeri mengambil tindakan serius menanganinya,” katanya.

Orang ramai terutamanya penduduk di Kuala Sepetang dinasihati untuk mengambil langkah perlu dalam memastikan jangkitan penyakit itu tidak merebak selain memberikan kerjasama penuh kepada pihak Veterinar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");