Berita Hari Ini

KPDNKK Cari Mekanisme Selaras Harga Ikan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mencari mekanisme sesuai untuk menyelaraskan harga ikan dalam pasaran pada harga berpatutan.

Timbalan Menterinya, Datuk Henry Sum Agong berkata, KPDNKK akan mengadakan rundingan dengan pembekal serta pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat tepat dan cadangan mereka dalam menyelesaikan masalah itu.

“Perbincangan juga melibatkan antaranya pemborong, LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan pihak berkaitan.

“KPDNKK sedang mencari jalan dan kita bukan hanya mahu supaya harga ini dapat diturunkan tetapi dapat diselaraskan untuk manfaat pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat pengeluaran minyak masak di kawasan perindustrian Indera Mahkota di Pahang memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu, beliau melawat Pasar Besar Kuantan bagi meninjau barangan jualan di situ yang turut disertai Timbalan Ketua Pengarah PPDNKK, Suhaimi Mat Sari.

Sementara itu, Suhaimi berkata, KPDNKK melakukan pemantauan susulan laporan kenaikan harga ikan yang tular dalam media sosial baru-baru ini dan akan mengadakan perjumpaan dengan semua pihak berkaitan, termasuk nelayan dalam isu tersebut.

Langkah itu, katanya, adalah bagi mengesan punca kenaikan harga ikan dan tindakan boleh diambil sekiranya terdapat kesalahan dilakukan pihak berkaitan sehingga menimbulkan masalah itu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");