Membawang Hari Ini

Lagu Datuk Seri Vida, ‘I Am Me’ Akan Masuk iTunes, Spotify

PENGASAS Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, 46, berharap single sulungnya berjudul I Am Me dapat menembusi pasaran antarabangsa dan menyamai fenomena penyanyi Korea Selatan, Psy.

Vida berkata, dia memilih lagu Inggeris sebagai single sulungnya supaya ia boleh diterima di seluruh dunia, malah dia juga tidak kisah jika nyanyiannya dikecam.

“Saya mahu menjadi penyanyi yang boleh memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Disebabkan itulah saya memilih rentak ala K-Pop serta retro dan menampilkan kelainan untuk lagu itu.

“Ini adalah lagu yang boleh dinikmati seisi keluarga dan menghiburkan. Biarlah kalau ada yang mengecam vokal saya kerana saya memang tidak mengikuti sebarang kelas vokal.

“Yang pasti, saya tidak meniru mana-mana lagu dan ia menunjukkan keaslian diri saya sendiri,” katanya yang kini bernaung di bawah KRU Music.

Menurut Vida, lagu itu bukanlah lagu mengenai produknya dan dia sedia menerima sebarang tawaran mengadakan persembahan.

“Ini adalah inisiatif terbaru saya dengan mengembangkan kerjaya dalam bidang nyanyian pula. Saya memang serius mahu menjadi penghibur dan sedia menyanyi di mana-mana acara.

“Bagi muzik video rasmi, ia akan ditayangkan di platform media sosial pada 1 Ogos,” katanya ketika ditemui di set penggambaran muzik video I Am Me di Petaling Jaga, Selangor semalam.

Lagu I Am Me dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU dan muzik video itu diarahkan oleh Yusry Abdul Halim.

Vida menyarung enam persalinan khas sepanjang penggambaran yang berlangsung selama dua hari itu.

Lirik video dan lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu akan dilancarkan pada 14 Julai ini di pelbagai platform sosial media termasuklah YouTube, iTunes, Spotify dan lain-lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");