Perak Hari Ini

LAP Beri Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim Dan Anak-Anak Kakitangan

IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) hari ini memberi sumbangan kepada 26 orang anak yatim daripada Pertubuhan Badan Kebajikkan Anak-Anak Yatim Darussalam serta pihak pengurusan badan tersebut pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 Lembaga Air Perak, di Hotel Casuarina Meru dekat sini.

 

Pada masa sama LAP juga turut memberi Sumbangan Pendidikan Wang Zakat kepada 300 orang anak-anak kakitangan LAP yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ijazah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mahupun di Politeknik.

Pengarah Lembaga Air Perak, Datuk Ir. Mohd. Yusof Isa berkata setiap seorang dari mereka menerima RM1,000, bagi membiayai kos pembelajaran mereka.

 

“Sumbangan ini kita sudah mulakan pada tahun lepas dan kita teruskan juga pada kali ini di mana kita memperuntukkan RM 300,00 kepada 300 orang anak-anak kakitangan LAP yang sedang belajar di IPT mahupun Politeknik untuk menampung sedikit sebanyak kos-kos pengajian mereka”, katanya.

 

Majlis yang dihadiri kira-kira 150,000 orang kakitangan LAP itu turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");