Perak Hari Ini

Lapan Rumah Kedai Di Lenggong Musnah Terbakar

LENGGONG:Lapan rumah kedai sederet musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di pekan Lenggong di sini, hari ini.

Menurut sumber jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 1 pagi anggota penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran.

Bagaimanapun, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati api di rumah kedai antaranya kedai tayar, baja dan perkakasan logam telah marak.

“Api berjaya dikawal pada jam 1.29 pagi bagaimanapun didapati enam buah kedai musnah hampir 90 peratus, sebuah kedai musnah hampir 75 peratus, manakala sebuah kedai Kelas A musnah sekitar 10 sahaja.. turut musnah terbakar sebuah kereta,” kata sumber.

Difahamkan deretan 18 kedai tersebut dibina sejak tahun 1940-an lagi, kebanyakannya masih dalam stuktur lama.

Tambah sumber bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan sebanyak 10 buah kedai berhampiran berjaya diselamatkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");