Sukan Hari Ini

Latif Impi Emas Sukan SEA

SELEPAS: Selepas beraksi cemerlang dengan berjaya mempertahankan emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia, atlet lompat jauh negara Abdul Latif Romly sudah mula membayangkan untuk beraksi sebaik mungkin pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan.

Menurut atlet kelahiran Perlis itu, apa yang diimpikannya pada temasya dwitahunan itu adalah mencatat rekod lebih baik dan tidak keterlaluan untuk memenangi emas buat kontinjen negara.

“Beraksi di laman sendiri sudah tentu akan membuatkan saya lebih gembira dan teruja dan saya berharap mampu untuk melakukan jarak lompatan lebih baik di Sukan SEA,” kata Latif

Olahragawan Kebangsaan 2016 yang berusia 20 tahun itu meletakkan sasaran untuk mencatat lompatan lebih baik berbanding dilakukan di Kejohanan Olaharaga Para Dunia apabila melakukan 7.37 meter.

“Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah kekal fokus dan prestasi saya tidak boleh terlalu jauh dengan pencapaian terkini.

“Saya berharap seluruh ahli keluarga saya datang ke sini untuk menyaksikan saya beraksi buat kali pertama di Sukan SEA,” katanya yang juga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016.

Dia yang mendapat bimbingan bekas atlet olahraga kebangsaan, Syahrul Amri Suhaimi pernah meraih emas di Sukan Para Asia Incheon 2014 dan Sukan Para ASEAN Singapura 2015.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");