Perak Hari Ini

Lebih 2,000 Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri SUK Perak

IPOH: Kira-kira lebih dari 2,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak 2017 yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta barisan exco kerajaan negeri.

Terdapat 17 buah gerai yang menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti Nasi Beriani, Yong Tau Foo, Laksa Pangkor dan sebagainya.

Sambil menjamu selera, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dari Kumpulan Selendang Perak.

Pada majlis berkenaan juga, turut diadakan adalah pertandingan gerai tercantik dan pertandingan nyanyian.

Bagi gerai tercantik ia telah dimenangi oleh gerai dari Pejabat Bahagian Kerajaan Tempatan yang menyediakan juadah Nasi Beriani, Kurma Kambing dan Ayam Berempah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");