Berita Hari Ini

Lebih 30 Ekor Anjing Liar Ditangkap Di Kerian

PARIT BUNTAR – Majlis Daerah Kerian (MDK) menangkap lebih 30 ekor anjing liar sejak seminggu lalu dalam usaha membendung penularan wabak Rabies atau penyakit anjing gila di daerah itu.

Yang Dipertua MDK, Abdul Khair Ahamad berkata ia dilakukan melalui tiga operasi khas membasmi anjing liar dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Daerah Kerian di Tanjung Piandang dan dua lokasi berasingan di sini dalam tempoh berkenaan.

“Tindakan itu diambil dalam usaha pihaknya membasmi anjing liar yang boleh memberi ancaman kepada orang awam.

“Ia juga bagi mengelak anjing peliharaan menjadi mangsa anjing liar,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Parit Buntar di sini hari ini.

Ditanya mengenai langkah MDK memantau penularan wabak rabies di kawasan persempadanan dengan daerah Larut Matang Selama, Abdul Khair berkata ia dilakukan oleh DVS dan Jabatan Kesihatan Negeri.

“Pihak kami berharap kerjasama penduduk setempat di daerah Kerian untuk segera melaporkan sebarang kehadiran kumpulan anjing liar berkeliaran di kawasan mereka untuk diambil tindakan segera,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");