Jenayah

Lelaki Ditahan Akibat Hina Tunku Aminah

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan kerana membuat kenyataan menghina puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan institusi diraja negeri berkenaan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada kira-kira pukul 6 petang, Ahad.

Beliau berkata, susulan itu kontinjen negeri berkenaan telah menahan suspek berusia 25 tahun di kawasan Ampangan pada hari sama.

Katanya lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika bersabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman maksimum RM50,000, penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya.

Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kebencian di kalangan orang ramai.

“Masyarakat diminta supaya tidak menyalahgunakan media sosial kerana pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” katanya memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");