Sukan Hari Ini

Liga Perdana: Saingan Sengit Empat Penjuru

TANJUNG MALIM: PKNP FC kekal di landasan terbaik apabila berjaya menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Proton, di sini, semalam.

Ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, berkata, “Perlawanan ini misi wajib menang. Kami berjaya mengutip tiga mata penting di sini.

“Dengan berbaki lima perlawanan, saya mahu persembahan lebih meyakinkan daripada mereka (pemain).”

Menurut Abu Bakar lagi, walaupun tempoh rehat yang singkat, namun beliau mengambilnya sebagai sesuatu yang positif kerana keserasian pemain secara dasarnya dapat ditingkatkan.

“Keseraian dapat diterjemahkan apabila banyak kali bermain. Saya pun mudah untuk memberi peluang kepada pemain-pemain simpanan beraksi.

“Cara begini mudah untuk merencanakan taktikal dan merehatkan dahulu pemain-pemain utama,” ujarnya.

Beliau juga mahu semangat dan perjuangan seperti itu diulangi ketika bertemu Perlis di Stadium Batu Kawan, Selasa ini.

“Walaupun terdapat pelbagai halangan seperti tempoh rehat yang singkat dan tiada kelebihan sebagai tuan rumah kerana venue utama tidak dapat digunakan, namun misi mengutip mata penuh adalah satu ketetapan,” katanya.

Berdasarkan keputusan perlawanan Liga Perdana semalam, empat pasukan teratas, Terengganu, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan PKNP FC berpeluang untuk mengisi dua slot ke Liga Super musim depan apabila hanya dipisahkan dengan jurang mata yang sedikit.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");