Isu Panas

Logo Ditolak: Pakatan Harapan Akan Hantar Semula

PUTRAJAYA – Pejabat Pendaftar (RoS) hari ini menolak logo Pakatan Harapan kerana logo tersebut tidak mempunyai perkataan Pakatan.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, RoS tidak menerima logo dan simbol sekarang.

“Teguran sudah dibuat dan kami akan cari jalan untuk mengubahnya.

“Menurut mereka, logo ini tidak sesuai kerana ada perkataan penuh Pakatan di mana ia menunjukkan gabungan parti dalam Pakatan Harapan.

“Sebelum ini kami sudah pun menghantar logo dan perlembagaan parti kepada RoS secara atas talian.

“Kami sudah ditegur ketika itu, tetapi kami hantar juga hari ini dalam bentuk hard copy kepada mereka,” katanya dipetik dari laman portal Sinar Harian.

Malah jelasnya, daripada sudut perlembagaan, ia tiada.

“ROS menerima perlembagaan kami setakat ini,” ujarnya.

Beliau berkata, walaupun ROS tidak menetapkan tarikh, tetapi Pakatan Harapan akan cuba siapkan secepat mungkin mengenai logo dan simbol ini.

“Ia akan dihantar dalam tempoh dua hari bekerja. Perkara itu harus disegerakan bagi memudahkan pergerakan Pakatan Harapan menjelang PRU14.

“Apabila semua dah ada, ia memudahkan kami untuk langkah seterusnya,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");