Jenayah

Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Sungai Pahang

KUANTAN – Satu mayat lelaki yang hanya berseluar pendek ditemui terapung di Sungai Pahang berhampiran Kampung Paya Pasir, Maran dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Mazlan Hassan berkata mayat yang belum dikenal pasti itu ditemui orang awam kira-kira 12.20 tengah hari yang kemudian menghubungi Balai Polis Chenor.

“Terdapat suntikan cacar pada lengan kiri mayat namun tiada kesan luka luaran ditemui pada badan mayat itu. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat yang akan dijalankan esok.

“Semakan awal yang dilakukan di balai polis Chenor dan Pekan Awah berhampiran lokasi mayat ditemui juga mendapati tiada laporan orang hilang dibuat dalam waktu terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sehubungan itu, Mazlan meminta orang ramai yang tinggal berhampiran Sungai Pahang yang kehilangan anggota keluarga untuk membuat laporan di balai polis berhampiran. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");