Perak Hari Ini

MB Inc. Ikrar Bebas Rasuah

IPOH:Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan warga kerja perbadanan itu yang telah disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Nooraziah Abd Manaf bertempat di Hotel WEIL,hari ini.

MB Inc. merupakan antara agensi  yang terawal di negeri Perak yang menyahut seruan SPRM dengan mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau‘Corruption-Free Pledge’.

Majlis tersebut telah dihadiri dan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (MB Inc.),Datuk Aminudin Hashim.

Menurut Aminudin, MB Inc telah dipertanggungjawab menguruskan sumber minarel negeri dan berjaya mengatasi masalah ketirisan dalam pengurusan pasir serta memberikan keuntungan kepada Kerajaan negeri.

“Jika kita amanah dan jujur dalam setiap urusan terutama dalam menguruskan sumber minarel kita dapat memberikan hasil lebih banyak kepada kerajaan negeri.

“Kerjasama SPRM amat diharapkan supaya dapat menjadi model yang mencerminkan pengurusan dan intergriti dalam negara,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Terdahulu MB Inc. merupakan agensi yang ke-30 yang mengambil pendekatan Ikrar bebas rasuah tersebut.

Tambah Aminudin berkata sejak dari awal penubuhan, pihak Perbadanan Menteri Besar Perak telah menekankan budaya kerja berintegriti dimana nilai perkongisan adakah Berteraskan C.R.E.S.T iaitu C-Cleanliness & Commitment, R- Respect & Responsible, E- Economical & Enthusiasm, S- Secrecy & Safety and T-Trustworthy & Timeliness.

Malah katanya, segala urusan atau keputusan adalah berteraskan nilai integrity yang tinggi dimana pematuhan dan proses yang ketat harus dilalui di dalam memertabatkan nilai-nilai Integriti.

“Pihak Perbadanan Menteri Besar Perak dan Kumpualan Amanjaya Holdings amat serius, tidak akan bertoleransi dan akan mengambil tindakan yang tegas jika didapati terdapat salah laku seperti melanggar disiplin atau penyalahan guna kuasa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");