Perak Hari Ini

MB Inc. Tak Sembunyikan Apa-Apa, Jalankan Amanah – Aminudin

IPOH:Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam mengatasi setiap tomahan dan dakwaan pihak tertentu terhadap ketulusan operasinya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminudin Hashim berkata MB Inc  telah diberi amanah oleh kerajaan negeri bagi menguruskan sistem pengurusan sumber mineral negeri supaya lebih teratur dan mendatangkan keuntungan.

“MB Inc. akan membuat yang terbaik dalam menstrukur semula industri mineral terutama pengurusan pasir negeri ini.

“Kami sedia menerima teguran daripada mana-mana pihak dan sentiasa cuba memperbaiki dalam setiap pengurusan namun tuduhan itu perlulah berasas dan mempunyai bukti,” katanya mengulas keadaan perbadanan yang sering berhadapan dengan pelbagai dakwaan terutama daripada pihak pembangkang.

Katanya setiap amanah perlu dilaksanakan dengan baik selain meletakkan komitmen serta kepercayaan dalam setiap tanggungjawab yang digalas.

“Mesti ada komitmen dan kepercayaan sebagai contoh setiap pengurusan mesin timbal dikawal dengan sistem tertentu dan ada pengawai  yang berintegriti memantau jadi kita memerlukan kebergantungan kedua-duanya.

“Mana-mana pihak boleh bercakap apa sahaja tuduhan tidak berasas tetapi pihak kami tiada apa yang perlu disembunyikan

“Ini adalah satu amanah, tetapi jika tuduh itu perlu ada asas jika tidak puas hati kita sentiasa mengamalkan dasar terbuka termasuk kepada pihak pembangkang, “katanya.

Terdahulu MB Inc. telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan 140 warga kerja perbadanan itu yang telah disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Nooraziah Abd Manaf bertempat di Hotel WEIL,hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");