Berita Hari Ini

MCTC Terus Gesa Naikkan Cukai Rokok

KUALA LUMPUR:Cukai rokok yang tinggi boleh membantu mengurangkan gejala rokok khususnya daripada golongan muda, demikian menurut Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Molly Cheah.

Beliau berkata, pihaknya akan terus menggesa kerajaan untuk menaikkan cukai rokok bagi mengawal peningkatan jumlah anak muda merokok di negara ini.

“Dengan kenaikan harga nanti, ia akan dapat mengurangkan statistik perokok wanita negara ini yang semakin bertambah.

“Jumlah perokok aktif negara hari ini sudah mencecah lebih lima juta orang dan perokok daripada kalangan anak muda akan memastikan pasaran rokok tetap ada,” katanya dipetik dari laman portal Astro Awani.

Beliau berkata, perkara itu amat menyedihkan.

“Gesaan ini dibuat adalah sebagai langkah untuk tidak membenarkan anak muda merokok.

“Lebih tinggi harganya mereka akan berhenti merokok.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Seminar Kawalan Tembakau Kebangsaan 2017: Perundangan dan Pengupayaan Komuniti di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dirasmikan Pegawai Tugas-tugas Khas DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah.

Terdahulu, DBKL mewartakan semua laluan pejalan kaki dan jejantas berbumbung serta terowong pejalan kaki bawah tanah di sekitar ibu kota sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa 15 April lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pewartaan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 itu bertujuan melindungi orang awam daripada ancaman asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");