Berita Hari Ini

Nasi Lemak Hello Kitty Pula Viral

SELEPAS Nasi Lemak Pondan dan Nasi Lemak Gay kecoh diperkatakan netizen, tiba pula giliran Nasi Lemak Hello Kitty yang berjaya mencuri perhatian.

Unik dan comel! Bukan hanya peniaganya menjual hidangan itu menggunakan sebuah kereta kelisa merah jambu yang diubah suai mengikut karakter Hello Kitty bahkan warna nasi lemak itu juga ditukar menjadi merah jambu.

Harga untuk sebungkus nasi lemak itu hanya RM3.50 dan jika anda membelinya secara borong, anda cuma perlu membayar RM10 untuk tiga bungkus.

Sebungkus Nasi Lemak Hello Kitty dibekalkan bersama ikan bilis, kacang goreng, sambal, sebiji telur rebus dan beberapa potong timun. Memang berbaloi!

Lokasinya pula di hadapan Sekolah Maahad Muhammadi, Tumpat, Kelantan.

Nasi Lemak Hello Kitty mulai popular apa bila salah seorang pengguna, Rizal Hakim telah berkongsi beberapa keping gambar dua peniaga wanita itu di laman Facebooknya semalam.

Netizen yang teruja dengan kehadiran Nasi Lemak Hello Kitty itu bagaimanapun kecewa apabila mendapat tahu juadah itu hanya dijual di negeri Kelantan.

T

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");