Membawang Hari Ini

Netizen Kecam Rambut Blonde Akim Ahmad

IMEJ terbaharu penyanyi Akim Ahmad yang tampil dengan rambut berwarna kuning keemasan, menerima kecaman dari netizen.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik ke akaun Instagram anaknya bernama @beyshal itu menunjukkan Akim yang berambut blonde sedang mendukung sambil mencium anaknya Eshaal.

Dalam entri tersebut memberitahu Akim mahu meniru kartun watak Naruto dan tujuan asal gaya rambutnya itu adalah untuk menjayakan muzik video single terbaharu Akim & The Majistret.

“Macam kartun kan rambut bapa eshaal?? Daddy eshaal ni berangan mau jadi Naruto dari dulu tu yang jadi gitu

Actually daddy mau keluar single baru yang bertajuk Lagu Untuk Laila dan rambut ni untuk konsep MV dan lagu diorang nanti.. Konseplah konon

Jangan lupa support lagu baru daddy ya.

Nantikan!!”

Entri tersebut mendapat kecaman daripada pengikut laman sosial tersebut yang rata-rata menegur warna rambut Akim tidak sesuai dengan dirinya yang beragama Islam.

Tidak kurang juga ada yang menurunkan komen-komen lucu seperti menyamakan rambut Akim dengan mi kuning.

@jersi.11 – Uish .. Mcm mi kuning
@iyqa_86 – amboi rambut….macam mana lah nak solat
@usopabeychop – Ingatkan mi yang belum digoreng tadi
@yedhalim- sah ke sembahyang . luaran dah nmpk cam nie .
@ismi.nabelll – Teruknya la rambut tu….fikir gempak ke
@naimnazmii – Patutnya dia yang guide muallaf ni. Maaf la teguran tak membina.
@acap.pmo – Peliknya rambut
@cekodokbilis- Hodoh rupa rambut tu..

-ASTRO GEMPAK
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");