Berita Hari Ini

Niat Nak Takutkan Anak Tak Menjadi

PETALING JAYA: Sebuah aplikasi yang menampakkan lipas dan cicak seolah-olah sedang berjalan-jalan di atas skrin telefon bimbit menjadi bualan hangat netizen sejak kebelakangan ini.

Gara-gara penangan Lizard run in phone, prank on screen atau animal life yang boleh didapati di Google Apps, ramai netizen terutamanya ibu bapa cuba memuat naik aplikasi itu di telefon bimbit mereka.

Kebanyakan mereka memuat naik aplikasi itu untuk menakut-nakutkan anak-anak supaya menghentikan tabiat bermain telefon bimbit.

Namun, sebaliknya berlaku sebaik sahaja aplikasi itu dimuatnaik di telefon bimbit masing-masing.

Ada di kalangan netizen memberitahu aplikasi itu menyebabkan mereka geli untuk menyentuh skrin telefon bimbit.

Netizen berkongsi gambar paparan skrin telefon bimbit yang dipenuhi cicak dan lipas yang sedang berkeliaran.
Dalam pada itu, ramai ibu bapa yang memuatnaik aplikasi itu meluahkan rasa kecewa kerana ia tidak berjaya menakutkan anak-anak mereka.

Menurut salah seorang pengguna Facebook, Eyra Nazira, anaknya bukan sahaja tidak takut tetapi meminta untuk menukar kepada haiwan lain.

“Kecoh pasal apps lipas la, cicak la dekat wall phone… tadi try la konon download kat phone Haris. Tapi tersangat dukacita sebab langsung tak takut pun, siap request nak haiwan lain tak nak cicak,” katanya dipetik dari laman portal Mstar Online.

@Surida Abdul Samad berkata:”Suami terjebak install apps lipas dan cicak konon tak nak bagi Maliki tekan YouTube tu, sekali dia langsung tak takut pun.

“Elok dia ketawa pukul-pukul cicak tu, ikut bunyi apps tu sekali. Kecundang layankan dia pukul cicak sampai pukul 2 pagi.”

Malah, ada netizen yang berkongsi kisah lucu yang dialami anak-anak mereka apabila aplikasi itu dimuatnaik dalam telefon bimbit.

“Tadi ada aku nampak di Facebook. Ada apps semut dan cicak, mereka cakap kalau pasang tu di handphone anak takut nak kacau handphone. Aku download la, sekali anakku pulang, dia buka handphone nampak cicak sama lipas berjalan di handphone tu, dia tak takut pun.

“Dia mahu main handphone juga, dia malas nak tengok cicak dan lipas berjalan-jalan dekat skrin handphone tu. Dia pergi ambil spray racun nyamuk. Suruh spray pada semut dan cicak pada handphone tu,” kata Rohana Ana Abd Salleh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");