Isu Panas

Nothing To Hide 2: Platform Najib Jawab Isu

PUTRAJAYA – Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk hadir ke program Nothing To Hide 2 yang dijangka berlangsung pada 13 Ogos ini.

Beliau berkata, ini adalah peluang terbaik untuk Najib membersihkan namanya, dengan memberikan penjelasan berhubung pelbagai isu yang membelenggunya selama ini, seperti isu berbilion ringgit masuk ke akaunnya yang menarik rakyat untuk mengetahuinya.

“Bagi saya, ini merupakan satu platform baik bagi Datuk Seri Najib dan saya untuk memberikan penjelasan terhadap pelbagai isu (yang berkait kami). Penonton boleh melontarkan pelbagai soalan kepada kami untuk dijawab.

“Jadi saya harap, Datuk Seri Najib tidak mengecewakan rakyat dan hadir pada program terbabit. Perdana Menteri tentunya kena bercakap benar dan tentunya rakyat hendak mendengar kebenaran daripada Datuk Seri Najib,” katanya semasa sidang media menerangkan program Nothing To Hide 2 di Yayasan Kepimpinan Perdana, lapor Sinar Harian.

Program itu dijangka berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam dan Mahathir mengajak seluruh rakyat untuk hadir bagi mendengar penjelasan daripada beliau dan Najib.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Armada Malaysia, Mohd Ashraf Mustaqim berkata, pihaknya akan membuat permohonan permit kebenaran bagi mengadakan program itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");