Sukan Hari Ini

Obor KL2017 Kini Di Pahang

KUANTAN: Kira-kira lebih dari 300 orang peserta, membabitkan bekas atlet, atlet negeri, atlet paralimpik, pelajar dan pengamal media memeriahkan Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di sini, hari ini.

Larian membabitkan jarak sejauh 3.7 kilometer (km) bermula dari Kompleks Belia dan Sukan negeri sehingga ke perkarangan Stadium Darul Makmur.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menerima obor yang dibawa peserta sebelum menyerahkannya kepada Pegawai Daerah Pekan, Datuk Ali Syahbana Sabaruddin sebagai simbolik larian berkenaan, sebelum diteruskan di Pekan, esok.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd Johari Hussain.

Pahang adalah negeri ke-12 dilalui Larian Obor KL2017, selepas tiba dari Terengganu, pagi semalam.

Selepas Pekan, Larian Obor KL2017 akan diteruskan di Temerloh, Jerantut sebelum berakhir di Bentong pada 30 Julai depan.

Sementara itu, Adnan dalam ucapannya menyambut baik penganjuran larian berkenaan bagi memeriahkan Sukan SEA ke-29, 19 sehingga 30 Ogos manakala Sukan Para ASEAN ke-9, 17 hingga 23 September.

“Ia dapat membangkitkan semangat di kalangan masyarakat dalam kita meraikan dua kejohanan berkenaan,” katanya.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");