Isu Panas

Pakatan Harapan Cetuskan Banyak Kekeliruan – Salleh

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan cuba menyembunyikan fakta daripada rakyat Malaysia bahawa DAP, yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen dalam kalangan parti gabungan pembangkang itu, sebenarnya yang menentukan siapa bakal Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak berkata walaupun pakatan itu mencadangkan ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi Perdana Menteri berikutnya tetapi dalam realiti politik, jawatan itu akan diputuskan oleh parti yang mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen.

“Dalam kes Barisan Nasional, perkara itu akan diputuskan oleh UMNO terutamanya kerana UMNO memiliki kerusi terbanyak.

“Bagi Pakatan Harapan, DAP yang mempunyai kerusi paling banyak, dan ini bermakna DAP yang akan menentukan siapa menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri, dan bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim seperti mana yang dicadangkan itu,” katanya dalam catatan terbaru blog beliau malam tadi lapor Bernama.

BACA: Anwar Ketua Umum, Mahathir Pengerusi, Wan Azizah Presiden Pakatan Harapan

Salleh berkata fakta itulah yang cuba disembunyikan Pakatan Harapan daripada rakyat Malaysia dengan menamakan Anwar sebagai perdana menteri berikutnya, namun pada masa sama melantik perdana menteri sementara sehinggalah beliau dibebaskan daripada penjara.

Selain itu, katanya, penasihat DAP Lim Kit Siang mahu orang Melayu berfikir bahawa perdana menteri dan timbalan perdana menteri adalah sentiasa daripada kalangan orang Melayu kerana itu adalah satu-satunya cara bagi Pakatan Harapan mendapatkan sebanyak mungkin undi daripada mereka.

Bagaimanapun, Salleh yang juga Bendahari UMNO percaya bahawa tanpa PAS, Pakatan Harapan tidak mudah meraih undi pemilih Melayu.

“Malah, DAP masih belum memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Dan Mahathir pula merasakan beliau adalah gam yang mengikat Pakatan Harapan walaupun wujud banyak perbezaan di antara mereka.

Tetapi partinya, PPBM, hanya mempunyai satu kerusi dan tidak mempunyai kuasa untuk bercakap lebih,” kata beliau.

Selain menamakan Anwar sebagai pemimpin umum, mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan yang berlangsung lima jam pada malam Khamis turut melantik Dr Mahathir (PPBM) sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) sebagai Presiden.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");