Jenayah

Pegawai Jabatan Peguam Negara Hilang, Ditemui

PUTRAJAYA: Seorang pegawai Jabatan Peguam Negara yang dilaporkan hilang sejak 17 Julai lalu, ditemui selamat di Presint 9 di sini, malam tadi.

Azmeer Mohd Sardi @ Mohd Basdi, 36, berjaya ditemui di sebuah premis berhampiran kawasan kediamannya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata sepasukan polis bergegas ke sebuah premis di pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 kira-kira jam 9.30 malam dan mengesan Azmeer.

“Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya sebelum ahli keluarganya dihubungi.

“Polis turut membawa mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Putrajaya dan selepas disahkan stabil, dia dibawa pulang oleh ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rosly berkata, kes berkenaan diklasifikasikan selesai.

Azmeer yang bertugas di Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, tidak hadir bertugas sejak 17 Julai lalu manakala rakan sekerjanya membuat laporan polis pada 21 Julai.

Azmeer dikatakan hilang selepas keluar dari Hospital Putrajaya 16 Julai lalu kerana dirawat akibat terbabit dalam kemalangan kecil.

Menurut isterinya yang menetap di Shah Alam, Azmeer turut menghidap kemurungan.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");