Berita Hari Ini

Pembelajaran Digital Sepenuhnya Dicapai Lebih Awal

MELAKA – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh yakin pendidikan tinggi di Malaysia akan dijalankan secara digital sepenuhnya menjelang 2020, jauh lebih awal berbanding tahun sasaran pada 2025.

Ini kerana katanya setakat ini sektor itu mencatatkan perkembangan 50 peratus.

“Dalam pelan yang baharu mengatakan keseluruhan e-pembelajaran  dalam bentuk ‘on-line’ akan dapat capai 100 peratus pada tahun 2025, namun dengan perkembangan ini saya jangka pada tahun 2020 nanti keseluruhan kursus di universiti akan diadakan dalam bentuk e-pembelajaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pusat e-Pembelajaran Negara (NeLC) sempena karnival e-pembelajaran di Kampus Teknologi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini yang turut dihadiri Naib Canselor UTeM, Datuk Dr.Shahrin Sahib.

Mengulas pusat e-pembelajaran itu, Idris berkata pusat tersebut untuk kegunaan semua universiti awam bagi mempercepatkan proses pendidikan digital di universiti seluruh negara.

Katanya bagi memastikan sukatan pelajaran bertepatan dengan keperluan industri, pihak universiti telah mengadakan kerjasama erat dengan industri.

“Kita jangka dengan kaedah ini lebih banyak peluang pekerjaan baharu akan dapat diwujudkan kerana kita memerlukan lebih ramai pakar bidang baharu dalam industri,” katanya.

Idris berkata  e-pembelajaran bukan perkara baharu di negara ini, sebaliknya bidang itu melalui fasa perubahan dan penambahbaikan yang bersesuaian dengan teknologi masa kini. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");