Perak Hari Ini

Perak Ambil Langkah Melindungi Harimau Terancam

IPOH: Semua pihak sama ada dari sektor kerajaan mahupun swasta harus bekerjasama dalam melindungi dan memastikan pemuliharaan flora dan fauna khususnya bagi populasi hidupan liar dalam  kawasan Hutan Belum-Temengor berterusan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pendekatan bekerjasama ini adalah jalan terbaik dalam menjayakan hasrat kerajaan negeri bagi memastikan hutan tidak dicerobohi khususnya oleh aktiviti pemburuan harimau secara haram.

“Kita memerlukan pendekatan sebegini di mana dalam konteks hari ini, bagi memastikan supaya pemeliharaan kawasan hutan khususnya di kawasan Hutan Belum-Temengor dan kawasan seluruh Perak amnya, dalam usaha memelihara harimau dengan sebaiknya.

“Ini juga memerlukan penglibatan daripada semua pihak yang bukan sahaja dari pihak kerajaan, NGO malah perlu ada penglibatan di kalangan masyrakat sekeliling termasuk orang asli dan sebagainya”, katanya pada sidang media selepas program Dialog Pemeliharaan Harimau Di Kompleks Hutan Belum-Temengor di Hotel Impiana pada Selasa.

 

Tambah Zambry, segala cadangan yang dilontarkan dalam program tersebut akan diperhalusi bagi menjayakan usaha berkenaan.

Malah, beliau juga bersetuju untuk melantik Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak sebagai pemain utama dalam usaha ini.

Justeru katanya, kerajaan negeri telah melantik Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi sebagai wakil kerajaan negeri.

 

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Datuk Dr Dionysius Sharma berkata beliau menyambut baik usaha kerjaan negeri dalam memastikan pemuliharaan harimau yang semakin berkurang saban tahun.

“Kami menyambut baik cadangan di mana UPEN bakal bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Angakatan Tentera Malaysia, Jabatan Perhilitan Negara, Polis dan sebagainya dalam memastikan kita akan mencapai matlamat, Sifar Pemburuan Haram Pada Tahun 2020”, katanya.

Tambah Dionysius, dalam masa terdekat ini, dengan usahasama dengan kerajaan negeri yang diwakili Nolee, mesyuarat pertama akan diadakan dalam masa terdekat ini dan mesyuarat ini juga akan diteruskan secara berkala.

Beliau juga berkata, negeri Perak merupakan negeri pertama yang mengambil langkah sedemikian dan jika ia berjaya, modul ini akan diteruskan di Taman Negara Pahang dan Taman Negara Endau-Rompin.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut mencemar duli menghadiri program tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");