Perak Hari Ini

Perak Mahu Jadi Negeri Sihat

MUALLIM: Kerajaan Negeri memandangkan serius terhadap soal tahap kesihatan rakyat memandangkan Malaysia dicatatkan sebagai negara tertinggi dalam kes masalah obesiti tertinggi di Asia.

Malah, Malaysia juga merupakan negara keempat tertinggi di rantau ini yang memiliki penghidap diabetes.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata program Fit Malaysia umpamanya dilihat memberi impak yang positif dalam usaha untuk memantapkan tahap kesihatan rakyat.
“Selain penyediaan infrastruktur asas dan beberapa perancangan untuk kesejahteraan rakyat, kerajaan persekutuan melalui kerajaan negeri juga telah dan sedang berusaha membantu meningkatkan kesedaran kepada semua pihak terhadap kepentingan kesihatan dan menuju ke arah negeri yang sihat.
“Kita sememangnya memandang serius kepada tahap kesihatan rakyat dengan penyediaan beberapa inisiatif seperti kempen-kempen kesihatan, dan yang paling terkini dan sering mendapat sambutan ialah Fit Malaysia.
“Seperti hari ini, saya lihat sambutan bagi Fit Perak di sini sangat baik dan saya harap ianya berterusan baik dari peringkat jabatan mahupun rakyat,” katanya.
Zambry berkata demikian ketika merasmikan program Fit Perak @ Muallim di Tasik Embayu, Proton City dekat sini, pada Sabtu.
Pada program tersebut, beliau turut menyertai acara berbasikal 10 kilometer bersama EXCO kerajaan negeri dan pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, ia turut diadakan acara berbasikal 25 kilometer dan larian 5 kilometer pada program yang dianjurkan bersempena dengan Program Permukiman Menteri Besar di Parlimen Tanjong Malim yang telah sampai ke hari terakhir.
Pada masa sama, program ini turut mengadakan acara senamrobik dan pameran dari pelbagai agensi termasuk pameran kerjaya dari Pusat Kerjaya Amanjaya .
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");