Jenayah

Perkenal i-kad Pelajar Asing Format Baru

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia dalam proses mewartakan i-kad sebagai pengenalan diri sah untuk pelajar asing yang menuntut di institusi pengajian tinggi yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata, melalui pewartaan itu, i-kad pelajar asing boleh digunakan sebagai pengenalan diri selaras dengan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“i-kad untuk pelajar asing ini akan diperkenalkan dengan format baru dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi mengelakkan pemalsuan serta salah guna.

“Kita sedang memuktamadkan format i-kad untuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada draf Peraturan-Peraturan Imigresen (Pindaan 2017) melalui Bahagian Hal-Ehwal Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, i-kad format baru itu juga akan dilengkapi cip biometrik versi baru dan nombor pengenalan diri kekal supaya diiktiraf oleh semua agensi penguat kuasaan di negara ini.

“Penggunaan i-kad ini adalah sebagai pengenalan diri pelajar asing, tetapi bukan pengganti pengenalan diri yang mutlak kepada pasport.

“Bagaimanapun, KDN menegaskan semua agensi penguat kuasa undang-undang untuk menerima i-kad pelajar asing ini sebagai kad yang sah pengganti kepada pasport,” katanya.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");