Perak Hari Ini

Permukiman Menteri Besar Ruang Rakyat Dekati Pemimpin Secara Tak Formal-MB Perak

SUNGKAI:Program Permukiman Menteri Besar akan terus memberi fokus menyelesaikan masalah rakyat setempat selain tidak bersifat terlalu ‘formal’ dan ‘protokol’.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata penganjuran program permukiman bagi mengenal pasti pelbagai masalah selain mendapatkan maklum balas pembangunan di setiap daerah.

“Saya dan barisan exco akan berada di kawasan ini dan mendekati rakyat dengan lebih dekat dan menjadi objektif penganjuran untuk memastikan agar kehadiran pemimpin dapat diberi keperhatinan dan diselesaikan pada kadar yang segera.

“Selain mendekatkan rakyat dengan pentadbiran ia juga membolehkan rakyat bersama-sama dan tidak mahu ada hubungan terlalu rasmi berprotokol yang mana ia memisahkan pemimpin dan rakyat,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu,program permukiman bagi daerah Mualim termasuk juga sebahagian Daerah Batang Padang berlangsung selama lima hari bermula hari ini.

Dijangka dalam tempoh lima hari rasmi sebanyak 130 program yang diatur dalam usaha mendekati rakyat.

Sementara sebanyak 150 orang telah menerima pelbagai bantuan termasuk kotak makanan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) pada perjumpaan bersama Masyarakat India Sungkai di Dewan Seri Sungkai di sini hari ini.

Bagi penerima bantuan Letchumi Krishnan 63, pemberian bantuan kali ini sangat menggembirakan dirinya dan keluarga.

“Saya harap para pemimpin dapat selalu hadir melihat kami dan terus membantu meringankan bebanan kehidupan rakyat,” katanya.

Manakala bagi Jaya Gobidran, bantuan sebegini adalah amat dinanti-nantikannya.

“Saya harap pemimpin dapat selalu meninjau rakyat dan program begini bukti kerajaan tidak lupa pada janji-janjinya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");